Missed out on any articles featuring any of the four finalists? Go ahead and explore... we might have it here!
01 June 2006
Ole Ole Ole
Manja
By Ruslina Affandi, Nurmaya Alias, Hafeez Harun
Kalau ada demam yang amat dialu-alukan seluruh dunia kini ialah demam bola sepak. Ia muncul empat tahun sekali pada saat perlawanan bola sepak Piala Dunia yang bakal menentukan Negara manakah terunggul dalam sukan popular ini.
Perhatian warga dunia akan tertumpu di 12 bandar Jerman bermula 9 Jun hingga 9 Julai. Seperti biasa, simptom-simptom deman sudah jelas kelihatan. Di pejabat-pejabat pasti ada yang berebut-rebut 'chop' cuti dan waktu beginilah juga ramai yang bakal mengemukakan cuti sakit... heheheh.
Dan sperti hendak sambut Hari Raya lagaknya, bukan main agresif lagi iklan TV plasma menggoda si hantu bola, tempat-tempat makan pula sudah bersedia melewatkan masa tutup mereka demi 'pelanggan Piala Dunia'.
Pendek kata ,wisel sepak belum pun ditiupkan, tapi persedian rapi 'mengharungi' sebulan lama Piala Dunia sudah siap sedia. Kami di Manja pun turut dilanda virus serupa. Dalam keluaran khas ini kami ketengahkan ramalan dan 'strategi' daripada pemain bola sepak, artis setempat dan orang awam 'menyambut'; Piala Dunia 2006! Ole, ole, ole!
Muhd Fauzie Laily
21 Tahun
Penyanyi & Finalis Anugerah
Penyokong kuat: Saya penyokong setia pasukan Brazil.
Juara Piala Dunia: Walaupun gerak hati saya menyatakan pasukan Eropah yang akan menjulang Piala Dunia ini, saya mahu pasukan Korea Selatan menang. Pasukan ini ada semangat yang tidak mudah menyerah kalah. Lagi pun Korea Selatan merupakan pasukan underdog dalam Piala Dunia ini dan saya biasanya akan menyokong pasukan underdog. Saya jangkakan Korea Selatan menang dengan jaringan gol 3-2 berpihak kepada Korea. Gol penentuan akan ditentukan pada masa kecederaan.
Pemain favorit: Park Ji sung yang kini bermain untuk Manchester United. Dia boleh bermain selama 90 minit penuh dengan begitu semangat dan akan kejar bola tanpa cepat menyerah kepada lawan.
Pelan menonton: Saya akan memastikan saya luangkan masa. Kalau tak ada masa pun saya akan pastikan ada masa hahahaha... Yalah Piala Dunia Cuma muncul sekali dalam empat tahunkan jadi tak bolehlah nak lepaskan peluang menontonnya. Saya akan pastikan saya dapat bangun awal pagi untuk menonton di TV dan kalau ada show yang habis lewat, saya akan naik teksi saja, walau mahal sikit, asal saya tidak terlepas peluang saksikan sebarang perlawanan di TV nanti.
Menonton di mana: Seperti tahun-tahun sudah saya akan adakan 'Parti Tupperware'. Biasanya saya dan tiga, empat rakan baik yang kaki bola akan berkumpul di rumah salah seorang di kalangan kami untuk saksikan bola sepak sama ada Liga Perdana England ataupun Liga Juara-Juara. Saya namakan event ini 'Parti Tupperware' kerana pasti ada makanan-makanan yang diletakkan dalam Tupperware bagi kami mengisi perut. Sejak kebelakangan ini oleh kerana masing-masing sibuk kami sudah tak berkumpul lagi. Tapi untuk Piala Dunia ini, Parti Tupperware is back on!
Singapura ke Piala Dunia 2010: Besar kemungkinan tidak. Susah bagi mereka kerana tiada peningkatan pada prestasi Singapura. Kalau pada 2014 tak tahu pula ya. Tapi saya harap janganlah kerana hendak sangat masuk ke final Piala Dunia, Singapura ambil remain sangat bakat asing. Saya lebih berbangga kalau Singapura berjaya atas bakat pemain setempat.
More scans: Fauzie1, Fauzie2