Manja
By Nurmaya Alias
Sedang anda sibuk membuat persiapan Hari Raya, bila agaknya kali terakhir Hyrul tempah baju raya dan main bunga api…
Kali terakhir...
Buat kuih raya...
Dah lama tu! Semasa saya masih di sekolah menengah. Mak, makcik dan saudara-mara berkumpul di rumah saya dan tolong buat kuih raya. Kami buat kuih makmur.
Tempah baju raya...
Tahun lepas kerana saya baru menang Anugerah. Itu merupakan kali pertama saya menempah baju raya. Selalunya, Mak yang jahitkan baju kurung atau saya beli baju di kedai.
Pergi bazaar Geylang...
Tahun lepas sebab saya pasti tahun ini tidak semeriah yang lalu. Kami sekeluarga pergi ke bazaar Geylang pada malam Hari Raya. Kami berbuka puasa di
Main bunga api...
Semasa belasan tahun. Saya telah ke rumah nenek untuk bermain dengan sepupu-sepupu saya.
Beli kasut raya...
Semasa di sekolah menengah. Kasut smart, kulit hitam. Tetapi, saya lebih suka memakai capal sejak di politeknik kerana ia lebih selesa apabila digayakan dengan baju kurung.
Terima duit zakat...
Tahun lalu semasa saya masih di politeknik. Sekarang saya dianggap sudah bekerja. Tahun ini, mungkin giliran saya untuk memberi suit zakat. Dah 'bujang' katakan.
Nikmati makanan kegemaran...
Kalau hari raya, mesti makan lontong bersama rendang dan sambal goreng. Selalunya, kami seronok makan masakan di rumah nenek. Sedapnya!
Minta maaf...
Mestilah hari raya tahun lalu. Memang sudah menjadi kebiasaan, kami sekeluarga berkumpul untuk meminta maaf. Semua akan rasa sebak.
Cium tangan ibu atau nenek...
Setiap hari kerana saya akan salam dan cium tangan mereka sebelum keluar rumah.
Hantar kad raya...
E-kad? Haha... kalau kirim melalui pos, itu semasa saya masih di sekolah rendah. Kawan-kawan akan memberi kad raya dan kita pun sibuk beli kad untuk membalas. Tetapi, sejak ada internet, saya hanya menhantar e-kad sejak di sekolah menengah. Setiap e-kad akan mempunyai ucapan disertakan dengan lagu-lagu Hari Raya.
Manja
By Hafeez Harun
Mengusik Jiwa
EZS MUSIC
PRODUCTIONS
Konsep balada bagi album kedua Khairil Yusuf sesuai vokalnya. Mengusik Jiwa ciptaan Rahim Othman ada pengaruh muzik era 60-an. Santai dan memikat.
Manja
By Nurmaya Alias
Acara pelancaran Karnival Raya Suria menarik ribuan penonton.
Karnival Raya Suria
Sekarang - 23 OKT
Kampong Gelam
Berhadapan Bugis
Manja
By Nurmaya Alias
Karnival Manja yang pertama di *
Okey, siapa kata hanya mamak di kedai the sarabat sahaja yang boleh tarik teh? Encik Teng Ah Lian, salah seorang pengunjung ke Karnival Manja pada 17 September lalu teah menunjukkan beliau juga boleh melakukannya.
Tidak mengapa jika tertumpah sedikit dan tidak semahir mereka yang pakar. Sekurang-kurangnya beliau berani mencuba. Di samping Encik Teng, terdapat juga beberapa peserta lain yang telah menunjukkan bakat menarik teh. Yang tak mahu tarik teh, tarik suara. Apa lagi dalam acara karaoke sekeluarga.
Cuaca yang sayup pada Ahad tersebut tidak mematahkan semangat ratusan pembaca Manja untuk ke Karnival Manja sempena meraikan wajah baru majalah ini.
Buat pertama kalinya, Manja telah mengadakan satu carnival keluarga di *
Juadah lazat seperti beraneka mi dan kuih-muih serta nasi lemak dan burger menjadi santapan para pengunjung.
Mereka yang mengunjungi gerai Clear telah berpeluang mendapat sample syampu Clear sementara yang ingin mencuba bakat menarik teh telah ke gerai Marigold King of Kings.
Hujan yang turun pada hampir 5 petang tidak menjejas persembahan The Unsangkarable dan penyanyi Fauzie Laily yang jelas mempunyai ramai peminat.
Selain mereka, artis-artis lain yang telah memeriahkan acara hari itu ialah Sound Salvation, Imran Ajmain, Lady E, Khairil Yusuf dan kumpulan Merah telah merancakkan carnival pertama Manja.
By Jo Santai
Berita Harian
Kepada mereka yang tidak berkesempatan menonton konsert eksklusif naib juara Anugerah 2005, Syed Azmir, yang diadakan baru-baru ini, ia ibarat terlepasnya peluang mengenali beliau secara dekat.
Ini kerana diselang-seli 13 buah lagu yang beliau sampaikan, Syed Azmir turut mengajak penonton menjengah laluan kehidupannya dalam meniti tangga jaya.
Konsert Akustika di The Chamber, Dewan Perdebatan Parlimen, bangunan lama The Arts House, turut dihadiri beberapa artis lain seperti Imran Ajmain, Fauzie Laily dan Khairul Anuar.
"Apabila ditawarkan mengadakan sebuah mini konsert, saya rasa terharu dan bangga kerana saya merupakan artis yang pertama membuat konsert di dewan ini.
"Saya berasa bersyukur kerana seperti yang pernah janjikan dulu yang saya ingin mengadakan sebuah konsert solo, akhirnya ia jadi kenyataan," ujar Azmir yang pernah menandatangani kontrak bersama pasukan bola sepak Sembawang Rangers dalam Liga-S.
Persembahan malam itu turut menampilkan banyak kemajuan dari segi nyanyian yang bertenaga dan kawaln vocal yang jauh lebih baik daripada ketika beliau di Anugerah 2006.
Memandangkan ia persembahan solo beliau yang pertama tanpa iringan barisan finalis Anugerah 2006 yang lain, Syed Azmir, 22 tahun, mengakui agak gerund.
"Mulanya Azmir rasa gementar, kerana ini yang pertama untuk Azmir dan memandangkan saya harus menyanyikan 13 buah lagu dalam satu persembahan, saya takut rasa penat dan akan menjejas konsentrasi dan vocal.
"Tapi selepas beberapa kali berlatih dengan pemuzik-pemuzik, saya rasa lebih yakin dan bersemangat kerana semua pemuzik yang mengiringi saya berpengalaman," tambahnya.
Setelah tercapai niat beliau mengadakan konsert solonya, kini perhatiannya tertumpu pula kepada menghasilkan album sulungnya yang beliau harap dapat dilahirkan pada akhir tahun ini, sekali gus melayakkan lagunya dipertandingkan dalam Anugerah Planet Muzik (APM) 2007.
"Kerana pada APM 2006, saya ada buat persembahan, jadi pada APM 2007, Azmir ingin pula dinominasikan menerusi lagu-lagu daripada album saya," kata Azmir, yang keberatan untuk menceritakan lebih lanjut tentang albumnya yang sedang dalam proses rakaman di
Manja
By Hafeez Harun
Jika kebanyakan mi segera di pasaran boleh bertahan berdekad, tiada sebab artis-artis muda hari ini mencapai kejayaan ekspreso, tidak boleh kekal di industri ini. Manja dapatkan pandangan mereka.
Syed Azmir, 22 thn penyanyi
Pernah memenangi pertandingan tiru
Azmir kelihatan bergaya. Tapi cukup sekadar
Apa yang Azmir lakukan untuk terus bertahan dalam dunia hiburan?
Bekerja keras dan menjiwai bidang ini.
Di antara penyanyi kelab yang mungkin tidak dikenali ramai dengan penyanyi di TV yang tidak menentu, yang mana pilihan Azmir?
Dua-dua penting. Duit penting, juga pendedahan. Yang perlu ialah mencapai keseimbangan dalam melakukan kedua-duanya.
Ada penyanyi tenggelam dan ada yang terus bertahan seperti Jay, Azmir mahukan yang bagaimana?
Ini bergantung pada usaha Azmir sendiri. Kalau setakat satu album sahaja, Azmir tak akan pergi jauh. Kalau ingin menjadi fenomena seperti Jay Jay, Azmir harus bekerja keras.
Manja
By Aizam Omar
Pasti gamat dan padat dengan pelbagai aktiviti! Seramai 800,000 dijangka hadiri Suria Raya Karnival, acara yang diatur untuk menyemarakkan suasana manjelang Hari Raya.
Buat julung-julung kalinya Suria akan mambawakan kemeriahan suasana menjelang Hari Raya tahun ini ke kawasan Bandar, Kampong Gelam-Bugis. Saksikan kegemerlapan kawasan Kanpong Gelam-Bugis apabila bermandikan cahaya lampu lap-lip pada 22 September ini.
Acara siaran langsung penyalaan lampu ini akan bermula pada 8.30 malam dan dirasmikan Menteri Pertahanan, Encik Teo Chee Hean. Turut sama memeriahkan acara ialah artis-artis popular seperti Taufik Batisah, Hyrul Anuar, Fauzie Laily dan Rima Melati. Hos pada malam itu ialah Finalis Anugerah Skrin, Huda dan Shahril, Suzhairie, Aaron Aziz, Nurul Aini dan Budak Pantai. Artis dari
Bazar raya pula akan bermula pada 22 September hingga 23 Oktober. Anda boleh kunjungi gerai-gerai (150-200) untuk berbuka puasa dan membeli keperluan raya. Manakala Suria Raya merupakan acara kemuncak pada malam raya.
Acara berwarna-warni ini yang dianjurkan bersama Majlis Pusat dan Lembaga Pelancongan Singapura disokong akhbar Today, TV Mobile, Manja, Warna dan Ria!
Berita Harian
By Zaharian Osman
Apabila peluang dating bergolek, tiada siapa dapat menolak.
Naib juara Anugerah 2005, Syed Azmir, yang popular dengan lagu Kusadari memang menaruh harapan mengadakan konsert solo pada satu hari nanti, tetapi tidak pernah terlintas dalam benaknya impian itu menjadi nyata dalam waktu yang singkat.
Lantas apabila dijemput pertubuhan seni Nusa dan Antarabangsa (Nuda) untuk mengadakan konsert solo, peluang itu tidak akan disia-siakannya.
Selain bagi menyambut ulang tahun kemerdekaan Singapura ke-41, konsert ini juga bertujuan meraikan bakat artist tempatan.
"Tak percaya pada mulanya tetapi setelah diyakinkan, barulah Mir yakin konsert ini akan terjadi," ujar Syed Azmir ketika ditemui baru-baru ini.
Sepanjang konsert satu jam setengah di The Chamber, dewan persidangan Parlimen lama, pada 7.30 malam esok, Syed Azmir akan mendedangkan lebih 10 lagu yang dipilihnya sendiri seperti Bila Rindu (Black Dog Bone), Kau Pergi Jua (Adam Ahmad) dan Jerat (Harvey Malaiholo).
Beliau juga akan mendedangkan beberapa lagu artis
Keterangan lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi 6559-9022 atau di www.nudaatoph.com.
The New Paper
By Sheela Narayanan
Anugerah winner not worried at being last to bring out album. He says: I am keeping best for last.
Usually, it's the winner of a talent contest who gets first crack at recording an album.
For Khairul Anuar (above), this hasn't been the case.
The 21-year-old media and communications polytechnic graduate won Suria's Anugerah contest last year but he is trailing behind his fllow Anugerah finalists in bringing out an album.
Khairul has only just released his first single Pertama (The First) while the other finalist have already started work on their debut albums.
Khairil, who was third in the contest, was the first of the four finalists to release a single. He released Nadia earlier this year. His debut album will be out soon.
Fourth place contestant Fauzie Laily released his single, Selalu (Always), last month. It is No. 2 on the Ria charts while Khairul's is at No. 17.
Syed Azmir, the first runner-up, is in the process of recording his first album.
As his fellow contestants are starting to make in-roads in the industry, Khairul admitted it was not how he would have wanted to go.
He said: "The first album should have been done after the won. But there was no recording deal... which is a waste."
Since Khairul is represented by MediaCorp TV 12's Artiste Management Unit, he has been in the limelight.
He is performing at the National Day Parade today.
He was also in three Suria-driven vehicles with the other finalists: the Anugerah karaoke VCD which was launched in the beginning of the year, the television drama Teman Anugerahku (My Friend My Gift) and a concert organized by Suria for the finalists was held at the Esplanade in April.
He has been featured quite prominently in Suria's station promotions.
Which is why the young man doesn't feel left out in the album race.
Khairul said: "I am really eager about releasing my album but I don't want to rush it. I am being patient about it. Keep the best for the last, as my manager says."
But there is a hitch. Since he has to serve his national service in September, the release of his debut album will be delayed even further.
"I am worried about that but we (I and my management) have a strategy to keep reminding the audience that I am still here," he said.
One is to use his blog, www.soulconfession.blogspot.com, to keep his fans updated on his progress. His managers are coming up with a website as well.
His second single, Kesal (Regret), will be released at the end of the month.
While Khairul intends to wok on his album in between his NS duties, he is aware how fickle showbiz is.
Next year, the next season of Anugerah will throw up a new Malay singing star.
Yet, he is not losing any sleep over the prospect of a new winner taking over from him.
He also denied that there was rivalry between him and the three Anugerah boys.
"There is a healthy competition. It's all about helping each other. If somebody comes up with fresh ideas, we can learn from that."
Berita Harian
By Zaharian Osman
Ini berita baik bagi peminat setempat. Naib juara Anugerah 2005, Syed Azmir, akan menemui anda secara empat mata di sebuah konsert eksklusif pada 27 Ogos ini.
"Agak lama mereka tidak melihat saya buat konsert. Jadi inilah hadiah untuk mereka yang selama ini memberi sokongan tanpa henti," ujar Azmir ketika ditemui baru-baru ini.
Apa yang menarik, Syed Azmir akan diiringi para pemuzik professional dan mapan di sesi konsert itu yang diberi judul Akustika D'Parlimen Bersama Syed Azmir.
Ada ura-ura pula ingin mengundang sebuah kumpulan yang pernah mengharumkan industri muzik setempat. Nama kumpulan itu tidak didedahkan kerana lebih suka ia sisimpan sebagai kejutan kepada peminat.
Di konsert solo Azmir kelak, beliau akan menyanyi sambil berkongsi pengalaman serta berinteraksi dengan para perminat secara dekat.
Namun ini semua eksklsif hanya untuk 200 peminat yang perlu menempah tiket berharga $28 dan $38.
Konsert solo ini bakal berlangsung di The Chamber, bangunan lama Parlimen, dengan aturan kerusi yang dekat bagi peminat 'merasai' suasana konsert.
Nusa dan Antarabangsa (Nuda), sebuah pertubuhan seni yang bernaung di the Arts House, menjadi penganjur konsert ini.
Untuk pertanyaan dan tempahan tiket, boleh hubungi Adam Shahputra menerusi talian 9190-9726.
Since 9 June 2006
Got any queries? Got any information to share? Detect inaccuracies in our contents?
Email them to...
NOTE: Requests for personal contacts and informations of the 4 finalists will not be entertained.
>>
Baju Raya & Bunga Api
>>
Muzik
>>
Meriah di Kg Gelam
>>
Daya Tarik Manja
>>
Azmir mahu hasilkan album
>>
Muda tapi berapa lama?
>>
Suria Raya Karnival
>>
Konsert solo Syed Azmir malam ini
>>
I am keeping best for last
>>
Syed Azmir buat konsert solo
; September 2005
; October 2005
; November 2005
; December 2005
; January 2006
; February 2006
; March 2006
; April 2006
; May 2006
; June 2006
; July 2006
; August 2006
; September 2006
; October 2006
; November 2006
Powered by Blogger
Copyright © STABS-Anugerah2005.blogspot.com. All Rights Reserved