Manja
By Nurmaya Alias
Sedang anda sibuk membuat persiapan Hari Raya, bila agaknya kali terakhir Hyrul tempah baju raya dan main bunga api…
Kali terakhir...
Buat kuih raya...
Dah lama tu! Semasa saya masih di sekolah menengah. Mak, makcik dan saudara-mara berkumpul di rumah saya dan tolong buat kuih raya. Kami buat kuih makmur.
Tempah baju raya...
Tahun lepas kerana saya baru menang Anugerah. Itu merupakan kali pertama saya menempah baju raya. Selalunya, Mak yang jahitkan baju kurung atau saya beli baju di kedai.
Pergi bazaar Geylang...
Tahun lepas sebab saya pasti tahun ini tidak semeriah yang lalu. Kami sekeluarga pergi ke bazaar Geylang pada malam Hari Raya. Kami berbuka puasa di
Main bunga api...
Semasa belasan tahun. Saya telah ke rumah nenek untuk bermain dengan sepupu-sepupu saya.
Beli kasut raya...
Semasa di sekolah menengah. Kasut smart, kulit hitam. Tetapi, saya lebih suka memakai capal sejak di politeknik kerana ia lebih selesa apabila digayakan dengan baju kurung.
Terima duit zakat...
Tahun lalu semasa saya masih di politeknik. Sekarang saya dianggap sudah bekerja. Tahun ini, mungkin giliran saya untuk memberi suit zakat. Dah 'bujang' katakan.
Nikmati makanan kegemaran...
Kalau hari raya, mesti makan lontong bersama rendang dan sambal goreng. Selalunya, kami seronok makan masakan di rumah nenek. Sedapnya!
Minta maaf...
Mestilah hari raya tahun lalu. Memang sudah menjadi kebiasaan, kami sekeluarga berkumpul untuk meminta maaf. Semua akan rasa sebak.
Cium tangan ibu atau nenek...
Setiap hari kerana saya akan salam dan cium tangan mereka sebelum keluar rumah.
Hantar kad raya...
E-kad? Haha... kalau kirim melalui pos, itu semasa saya masih di sekolah rendah. Kawan-kawan akan memberi kad raya dan kita pun sibuk beli kad untuk membalas. Tetapi, sejak ada internet, saya hanya menhantar e-kad sejak di sekolah menengah. Setiap e-kad akan mempunyai ucapan disertakan dengan lagu-lagu Hari Raya.
Since 9 June 2006
Got any queries? Got any information to share? Detect inaccuracies in our contents?
Email them to...
NOTE: Requests for personal contacts and informations of the 4 finalists will not be entertained.
>>
Muzik
>>
Meriah di Kg Gelam
>>
Daya Tarik Manja
>>
Azmir mahu hasilkan album
>>
Muda tapi berapa lama?
>>
Suria Raya Karnival
>>
Konsert solo Syed Azmir malam ini
>>
I am keeping best for last
>>
Syed Azmir buat konsert solo
>>
Bak Kakak & Adik
; September 2005
; October 2005
; November 2005
; December 2005
; January 2006
; February 2006
; March 2006
; April 2006
; May 2006
; June 2006
; July 2006
; August 2006
; September 2006
; October 2006
; November 2006
Powered by Blogger
Copyright © STABS-Anugerah2005.blogspot.com. All Rights Reserved