Missed out on any articles featuring any of the four finalists? Go ahead and explore... we might have it here!
28 May 2006
Hotel Tempat Azmir Inap Senget
Berita Minggu
By Hanim Mohd Saleh
Penyanyi Syed Azmir Syed Azman merupakan antara rakyat Singapura yang terperangkap dalam gempa bumi yang melanda Jawa Tengah, Idonesia, semalam.
Wartawan telah menerima khidmat pesanan rinkas (SMS) daripada finalis Anugerah 2005 intu sekitar 2 petang, menyatakan bangunan hotel beliau menginap telah bergoyang sekitar 5.45 pagi.
Apabila beliau berlari keluar daripada bangunan itu, hotel yang tidak dinyatakan nama dan likasi sebenarnya, kelihatan senget.
"Saya panic. Takut. Tak boleh balik sebab airport tutup.
"Doakan saya selamat," kata penyanyi berusia 22 tahun itu.
Wartawan cuba menghubungi Azmir beberapa kali tetapi taliannya putus.
Difahamkan beliau telah berada di Jogjakarta sejak lebih 10 hari lalu untuk usursan rakaman album dan bertemu kawan-kawan rapatnya di Indonesia sebelum dijadualkan berada di Kuala Lumpur minggu depan.
Bagaimanapun, Azmir telah berjaya menghubungi keluarganya di Singapura untuk memaklumkan keadaannya.
Menurut bapanya, Syed Azman Syed Aziz, anak sulungnya itu telah menelefon mereka pada sekitar 5 petang semalam untuk memberitahu beliau dan rakan-rakannya telah berjaya mendapatkan sebuah kereta dan mereka akan cuba melarikan diri sejauh mungkin.
Mereka merancang ke Bandung.
"Sebenarnya, pada 6 pagi kami dah terima SMS daripada Azmir, memberitahu asa gempa bumi di Yogyakarta. Tak pula dia katakan. Gempa itu besar atau kecil, jadi kami tak begitu bimbang. Tetapi apabila sedar keadaan sebenarnya, kami dah jadi tak tentu arah," kata Syed Azman.
Difahamkan, ketika dalam keadaan kelam kabut cuba menyelamatkan diri, Azmir hanya dapat menyelamatkan telefon bimbit dan dompet duitnya sebelum lari ke luar bangunan hotel.
Tetapi apabila keadaan menjadi tenang, beliau kembali ke hotel untuk mendaptkan bed, barangan dan passportnya sekali.
"Azmir kata dia akan balik secepat mungkin setibanya di Jakarta. Mudah-mudahan dia selamat," ujarnya.