Back to the main page
Learn more about the four finalists
Media articles on the four finalists
Event performances and media appearances
Photos galore of the four finalists and more
You create them, We post them up!
Who's hard work are these?
<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d26787250\x26blogName\x3dSTABS_Media\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://stabs-anugerah2005media.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://stabs-anugerah2005media.blogspot.com/\x26vt\x3d-4337216520904452547', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Missed out on any articles featuring any of the four finalists? Go ahead and explore... we might have it here!

01 February 2006
Hai Khai!
Manja

Kedua-duanya minat menyanyi. Tidak timbul siapa antara Khairil Mohd Yusof dan adiknya, Hairiah yang akan menjadi lebih popular. Yang nyata, kehadiran meraka bakal menyerikan persada hiburan Singapura.

Tak pernah berebut mikrofon

Khairil dan Hairiah memang gemar menyanyi sejak kecil lagi.

'Hairiah masih ingat mula-mula menyanyi lagu Nora Di Persimpangan Dilema,' Hairiah yang merupakan pemenang ketiga Anugerah 2003, membuka cerita petang itu di pejabat Manja.

Sebelum itu kedua adik-beradik ini kelihatan mesra dan selesa sewaktu sesi foto hinggakan fotografer tidak banyak mengarah mereka.

'Di rumah kami memang sering karaoke. Kalau mikrofon tu punyalah banyak,' Khairil mencelah berbualan Hairiah.

Ayah mereka memang seorang pemain gitar bass bersama sebuah kumpulan muzik. Kuah, kalau tidak tumpah ke nasi, ke mana ya? Ayah mereka juga yang mendorong minat kedua adik beradik ini mengejar impian menjadi penyanyi.

'Saya dan Hairiah sering masuk pertandingan nyanyian di merata Singapura termasuk di balai-balai rakyat.

'Yang bestnya kami selalu dapat ketiga tempat utama. Kalau saya tak pertama, kedua,' cerita Khairil ghairah.

'Tapi saya jarang dapat tempat pertama, selalunya dialah di tempat pertama,' Hairiah mencebikkan muncungnya kearah abangnya.

Sambal udang nenek


'Saya suka tidur dan makan sebab itulah badan saya dah mula sihat sikit,' kata Hairiah selamba.

'Saya suka main computer game,' terang Khairil, 22 tahun spontan. Pernah bergaduh ke mereka berdua?

'Adik beradik mesti ada bergaduh kan,' kata Khairil yang popular dengan lagu hitnya Nadya.

Fasal apa ye? 'Fasal makan. Nak nak bila masakan nenek. Sampai berebut. Boleh gaduh punya,' Hairiah membuka rahsia.

'Dia tahu masak mee segera aja,' Khairil mengusik adiknya yang empat tahun lebih muda darinya.

Namun cemburu bukan sifat mereka. Khairil yang dulu minat pada penyanyi cantik Siti Nurhaliza sudah beralih minat pada penyanyi cantik Siti Nurhaliza sudah beralih ke Mawi sekarang ini. Namun Hairiah masih utuh minatnya pada Miss Kuala Lipis.

Bila ditanya perasaannya apabila abangnya terlebih dulu merakam album darinya Hairah tidak menunjukkan rasa cemburu atau kecewa.

'Selepas Anugerah 2003 dulu saya lebih menumpukan perhatian pada pelajaran. Sekarang inilah saya memberikan seratus peratus perhatian pada dunia rakaman,' jelas penuntut Sekolah Menengah Green View ini.

Hairiah hampir menyiapkan album sulungnya. Mereka yang terlibat untuk album ini termasuklah Samad dari kumpulan Lefthanded dan Habsah Hassan yang turut mencipta lagu duet mereka dua beradik, berjudul Janji. Khabarnya lagu ini merupakan lagu tema usahasama MYI International dan Serangkai Filem untuk Suria, Sumpah Orang Minyak!

Hairiah bertuah kerana satu lagi lagu dari albumnya Cinta Terhalang akan dijadikan lagu tema untuk satu lagi drama dengan judul yang sama.

Pasangan hidup

Bila bicara soal cinta, Hairiah tahu ciri-ciri yang harus ada pada wanita pilihan abangnya. ‘Khairil suka wanita yang memahami kerjayanya. Tahu masak dan menjaga rumahtangga,’ terang Hairiah yang membuat Khairil tersenyum simpul.

Pilihan Hairiah? Khairil macam sudah bersedia menjawab soalan cepumas ini.

'Jejaka pilihan Hairiah harus punya kesabaran yang tinggi. Bukan apa, Hairiah ini cepat merajuk,' Khairil menjeling ke arah adiknya.

Kata Khairil, Hairiah juga impikan jejaka yang tinggi dan berkulit hitam manis!

Peminat fanatik

Khairil amat menghargai sokongan para peminat yang mengundinya sewaktu Anugerah tahun lalu. Namun sifatnya yang mudah tersenyum dan senang didekati adakalanya disalah-ertikan oleh sebahagian peminat.

'Dia pernah diekori peminat sampai ke bawah blok,' cerita Hairiah ghairah.

Khairil mengangguk sambil tersenyum sahaja di kala itu.

'Hari raya lalu ramai juga peminat yang dating walaupun tidak diundang. Tapi saya terimalah kedatangan mereka. Peminatlah katakan,' jelas Khairil.

Khairil yang pernah menuntut di ITE dalam jurusan Aerospace tidak menafikan ada juga peminat yang taksub. Peminat yang satu ini tidak banyak bercakap tapi akan ikut beliau ke mana sahaja dia membuat persembahan.

Tentang Hairiah? 'Ada juga para peminat saya yang tanya tentang Hairiah. Mereka ingin memastikan bahawa Hairiah itu adik saya. Mereka masih ingat lagi kemunculannya dalam Anugerah beberapa tahun lalu,' ujar Khairil.

'Tapi tak seramai peminat Khairil lah,' kata Hairiah yang minat melukis sejak di bangku sekolah.

Siapa lebih popular?

Walaupun publisiti dan tumpuan yang diberikan oleh media dan para peminat pada abangnya agak berlebihan, Hairiah hanya menumpang bangga.

'Untungkan para pemenang Anugerah kali ini.' tegas Hairiah.

Namun Hairiah tidak teragak-agak untuk berkerja lebih keras lagi untuk merealisasikan impiannya untuk menjadi penyanyi sepenuh masa seperti abangnya.

Kalau Khairil baru sahaja melancarkan album singlenya pada pertengahan tahun ini.

Kedua-duanya begitu positif bila bercakap tentang sokongan peminat Singapura dan media do sini. Mereka sedia berkerja keras untuk bersaing di pasaran hiburan di sini atau seberang. Dengan pakej lengkap yang ada pada mereka berdua, penulis yakin mereka akan pergi jauh.

Namun, kata Khairil, 'Saya tak kisah kalau Hairiah lebih popular dari saya dan Hairiah juga tak kecil hati kalau saya lebih popular daripada dia. Bagi saya asal seorang daripada kami dapat mencipta nama dalam dunia hiburan saya tetap bersyukur,' ungkap Khairil mengakhiri perbualan kami petang itu.



This is an unofficial website. Team members are in no way related to the Anugerah 2005 finalists nor do we have their personal contact information. We are all fans like many others and this website is just a tribute to the 4 finalists. Informations, videos and photos placed here are purely based on our media findings and our on-site coverage of any events associated. You may link us up and share this website with friends but no redistribution of its contents without permission. Have fun browsing and enjoy your stay!

Please refrain from flooding and mind your language.

Free Web Counter
hit Counter

Since 9 June 2006



Got any queries? Got any information to share? Detect inaccuracies in our contents?
Email them to...

NOTE: Requests for personal contacts and informations of the 4 finalists will not be entertained.



>> Muzika Ekstravaganza
>> Anugerah Kau Bintangku
>> Menyinari Suria
>> Short, But Worth It
>> FLAME AWARDS - SIBEISUAY AWARD
>> Raikan Anugerah
>> Anugerah 2005 finalists in LIME
>> LIME Sonic Bang!
>> Peserta Anugerah Gempar!
>> Khairul By a Whisker


; September 2005
; October 2005
; November 2005
; December 2005
; January 2006
; February 2006
; March 2006
; April 2006
; May 2006
; June 2006
; July 2006
; August 2006
; September 2006
; October 2006
; November 2006


Powered by Blogger
Copyright © STABS-Anugerah2005.blogspot.com. All Rights Reserved