Missed out on any articles featuring any of the four finalists? Go ahead and explore... we might have it here!
01 January 2006
Menyinari Suria
Manja
By Nurmaya Alias
Buat julung-julung kalinya, Suria menawarkan kontrak kepada beberapa artis setempat. Di samping peluang yang lebih luas buat artis tersebut, ia seolah-olah satu jaminan terhadap masa depan mereka. Apa kata artis yang terpilih.
Syed Azmir Syed Azman
Mengapa menyertai Unit Pengurusan Artis:
"Kerana saya rasa lebih selamat di bawah pengurusan mereka. Kami pun "dilahirkan" di Suria, maka lebih baik jika mereka menjaga kami."
Saya ingin lihat Suria…:
"Menayangkan lebih drama. Misalnya, Saluran 8 akan menyiarkan drama pada setiap 7 malan dan bila ia sudah berakhir, ada drama baru. Mungkin, kami boleh menonton banyak drama Melayu dan ini memberi peluang untuk menonjolkan bakat tempatan kami."
Khairul Anuar Mohamed Nawar
Mengapa menyertai Unit Pengurusan Artis:
"Saya rasa saya boleh dapat lebih pendedahan kerana apa yang saya perlukan skarang ialah pendedahan dan pengalaman untuk melibatkan diri dalam rancangan."
Suria hanya sekadar landasan, langkah pertama untuk ke saluran lain:
"Mungkin untuk mendapatkan lebih perhatian. Saya harap say lebih versatile dan akan mendapat peluang untuk mengacara."
Muhd Fauzie Laily Ramlaili
Mengapa menyertai Unit Pengurusan Artis:
"Harapan saya untuk mendapat lebih pendedahan dalam rancangan setempat. Saya bersikap terbuka, selain menyanyi, saya cuba bidang mengacara. Sekurang-kurangnya, ada orang yang boleh membantu kami mendapatkan rancangan. Kami masih baru dan mungkin, tidak tahu bagaiman hendak melangkah terus."
Tanggapan tentang masa depan Suria:
"Peluang, lebih meluas sekarang. Ini penting agar kami tidak menghilang begitu saja. Adakan lebih banyak roadshow supaya kami lebih rapat dengan peminat kami."
More scans: Azmir, Fauzie