Missed out on any articles featuring any of the four finalists? Go ahead and explore... we might have it here!
01 November 2005
Raikan Anugerah
Manja
By Aizam Omar
Muda, single dan berbakat. Penampilan mereka bersahaja. Mudah pula diajak berbicara. Aksi candi mereka menceriakan suasana studio. Perkenalkan juara dan naib-naib juara Anugerah 2005 – Khairul Anuar, Syed Azmir, Md Fauzi Laily dan Md Khairil.
Riuh-rendah.
Sakat menyakat dan guarau senda menceriakan pagi Isnin. Biarpun suatu waktu dulu, antara mereka saling menyaing antara satu sama lain, keadaannya berbeza kini. Mereka sudah bergelar empat sekawan. Malah semasa sesi wawancara, ada saja di antara mereka yang akan menyampuk jawapan yang diberi oleh teman-teman yang lain. Ini diikuti dengan deraian tawa ria.
Di depan kamera, mereka natural. Senyuman terpancar. Sambil duduk selesa di kerusi sofa empuk menantikan giliran bergambar, mereka mengimbas kembali perjuangan sepanjang pertandingan Anugerah dan berkongsi tentang persiapan Lebaran yang bakal menjelang.
Juara Khairul Anuar berasa amat bertuah dan bersyukur pada tahun ini kerana selain menjuarai Anugerah, Khai (nama singkatnya) turut memenangi pertandingan adubakat di sekolahnya dalam kategori solo dan duet. Selain menyanyi, Khai juga boleh berlakon dan mengacara.
Pelajar Politeknik Singapura jurusan Media & Komunikasi ini aktif dalam unit drama di sekolahnya. Khai amat menghargai segala sokongan teman-teman yang telah mendorongnya untuk menyertai Anugerah. Walaupun harus membahagikan masa antara sekolah dan nyanyian, anak sulung tiga beradik ini bijak menguruskannya dan tersu gigih berusaha. Kini, Khai berharap dapat terus bergiat dalam persada seni suara dan pada masa yang sama merakamkan album solonya.
Sempena ketibaan Syawal tahun ini, Khai akan meraikannya secara sederhana seperti tahun-tahun yang lau. Namum beliau pasti, ia akan lebih meriah.
Naib juara, Syed Azmir yang bakal mengakhiri Perkhidmatan Negara pada lewat tahun ini tidak sangka akan dapat perhatian peminat. "Tahun ini Anugerah lebih happening. Penonton kenal dengan para peserta dengan lebih rapat lagi. Lihat sahaja semasa di IMM. Saya macam tak percaya dan terperanjat apabila melihat sokongan peminat yang begitu ramai. Ia merupakan satu perubahan dalam pertandingan ini."
Untuk rancangan seterusnya, Azmir ingin tersu merperkembangkan sayapnya dalam arena nyanyian dan jika berkesempatan beliau juga ingin meneruskan minatnya dalam sukan bola sepak secara professional.
Fauzie yang sering mengukirkan senyuman manis, rasa lega dan berpuas hati kerana penampilan dan prestasinya di dalam Anugerah tahun ini jauh lebih baik dari dua tahun yang lalu. Justeru, pemenang tempat ke-3 ini meluahkan hasrat untuk bergiat dalam dunia hiburan. Tidak kira di depan atau di balik tabir. Tapi, buat masa ini Fauzie yang baru tamat pengajian di Politeknik Temasek sedang menantikan pangglian Perkhidmatan Negara.
Bagi Khairil pula, pertandingan Anugerah bukanlah pertandingan nyanyian pertama yang pernah disertainya. Bekas pelajar ITE Balestier ini sering menyertai adubakat di balai-balai rakyat. "Sering kali saya akan berentap dengan adik perempuan saya. Kalau saya dapat tempat pertama, beliau akan mendapat tempat kedua atau sebaliknya." Khairil yang gemar mendendangkan lagu-lagu Melayu, berharap untuk merakamkan album dengan persembahan yang sesuai dengan personalitinya.
ANUGERAH
Yang dilakukan jika gagal ke peringkat akhir...
Khairul: Akan teruskan perjalanan dan berharap akan dapat peluang atau undangan untuk membuat persembahan di majlis-majlis.
Fauzie: Duduk di rumah dan nantikan Perkhidmatan Negara(NS). Oleh kerana saya memang
minat dalam bidang nyanyian, saya berharap dapat melibatkan diri dalam dunia hiburan.
Azmir: Beri sokongan kepada teman-teman yang berjaya ke finals. Jika diberi peluang, saya akan kembangkan bakat yang ada untuk mengadakan persembahan.
Khairil: Sokong teman-teman yang dapat masuk finals. Selain itu, cari kesilapan dan kelemahan saya yang lalu dan cuba memperbaikinya.
Perserta Anugerah yang paling diminati...
Khairul: Azmir. Gayanya menarik perhatian remaja. Setiap kali beliau membuat persembahan pasti dapat sorakan gemuruh.
Fauzie: Khairul, sebab suaranya unik. Lain apabila berbual dan menyanyi.
Azmir: Khairil! Dia menpunyai cara tersendiri. Cara nyanyiannya luar biasa dan tiada yang mendapat menirunya.
Khairil: Azmir kerana mempunyai gaya tersendiri selain professional, boleh menari. Beliau antara yang terbalik!
Juri favorite...
Khairul: Kejujuran Edry yang sering berterus-terang kerana beliau berpengalaman dalam industri muzik. Walaupun beliau memberi komen dan menegurkan kesilapan kami, saya berfikir beliau berhak melakukan. Saya juga ingat kata-kata Kumar yang menggelarkan saya 'kepit' kerena baginya apabila saya berbual suara saya berbeza semasa menyanyi.
Fauzie: Kumar. Jika beliau memberikan pandangan, tiada siapa yang akan mengutuknya. Itulah keistimewaannya.
Azmir: Kak Girl (Rahimah Rahim) dan Abang Eddy kerana mereka sering beri sokongan dan tak pernah kritik saya.
Khairil: Saya sudah kenal Kak Girl sejak menyertai pertandingan dibalai-balai rakyat dulu, beliau sering berkongsi tips dan sebagainya.
Juri paling laser...
Khairul: Tidak ada.
Fauzie: Sudah tentu Cik Din yang menggelarkan saya Bad Boy! Saya blur apabila mendapat gelaran tersebut. Macam tak kena. Tapi, ia mendatangkan faedah kerana peminat dan orang ramai kenali diri saya sebagai gelaran tersebut. Satu lagi, Hafeez Glamour. Dia laser lah. He speaks his mind and that's all I can say!
Azmir: Edry! Semasa peringkat akhir, segala yang kami nyanyi semua tak kena. Saya tidak tahu mengapa. Abang Iskandar, Kak Girl, Abang Najib dan Eddy suruh kami focus, tapi bila tiba giliran Edry, semuanya tidak kena. Saya terima sajalah. Adat pertandingan.
Khairil: Edry. Nyanyian saya tidak berapa baik dan juri lain memberikan kritik. Saya terima kritik yang logic. Tapi Edry menpunyai komen tersendiri. Yang tidak boleh saya lupakan, apabila dia berkata –'Saya harap awak ada banyak saudara mara di Singapura untuk vote awak.' Edry berkata,'Peserta Anugerah yang lalu jauh lebih hebat daripada anda berempat.'
Komen...
Khairul: Ya, kami masih mentah apabila beraksi dengan pemenang lalu. Namun, komennya memberi saya perangsang untuk membuktikan bahawa sesiapa juga boleh berjaya.
Fauzie: Beliau berhak memberi komen berdasarkan vocal, tetapi juga showmanship dan tarikan juga perlu dipertimbangkan.
Azmir: Saya rasa inilah pertama kali Edry menonton Anugerah tahun ini. Dia tidak pernah menonton rancangan ini sebelum ini.
Khairil: Beliau berkata demikian apabila artis menyanyi lebih baik dari kami dan mungkin tidak terfikir yang kami berempat berada di studio sejak 11 pagi, buat latihan, belajar menari dan lagu selain check key. Ia juga merupakan pertama kali kami bernyanyi diiringi live band. Kita harus menyanyi 4 lagu, dan setiap lagu kami harus menukar baju. Masa suntuk, kelam kabut. Mungkin ini yang menyebabkan persembahan kami tidak sebaik yang beliau harapkan. Bagi perserta Anugerah yang lalu, mereka hanya tumpukan persembahan satu lagu sahaja. Ini semua tidak terlintas dalam fikiran beliau.
Anugerah 2005 mirip Singapore Idol...
Khairul: Mungkin formatnya ada sedikit persamaan tapi konsepnya berbeza. Anugerah tahun ini menpunyai penampilan segar, khas buat masyarakat Melayu.
Fauzie: Bagi saya, ia sama dari segi undian dan komen juri. Tapi yang pasti ia lebih menyeronokkan dan penonton dapat mengenali perserta dengan lebih rapat lagi.
Azmir: Syabas kepada penerbit kerana penerimaannya yang lebih baik tahun ini! Saksikan sahaja semasa kami berada di IMM.
Khairil: Ada mirip sedikit tapi pada saya, ia cukup bagus.
Pemenang Anugerah tahun-tahun sebelum ini jarang di tampilkan setelah menang...
Khairul: Benar tu, jika dilihat pada apa yang berlaku pada pemenang sebelum ini, mereka menghilang begitu saja. Yang penting adalah peluang. Jika diberi peluang, saya pasti mereka boleh berjaya. Tanpa peluang, kita hanya terperap di rumah, buat apa kita menang kan?
Fauzie: Saya setuju. Pemenang setakat nantikan undangan racangan Hari Raya atau rancangan Ikhlas. Mungkin tidak terdapat banyak rancangan untuk ketengahkan mereka. Satu lagi, pihak media harus Bantu untuk menonjolkan mereka.
Azmir: Mungkin kurang bernasib baik atau ada yang kurang berkerja keras dan tidak minat untuk menyanyi lagi. Mereka menpunyai alasan tersendiri mengapa tidak tampil di rancangan setempat.
Khairil: Sebab kurang exposure. Mungkin juga kerana attitude dan ramai yang tidak mengenali mereka.
Anda meniru gaya artis terkenal...
Khairul: Sukar untuk seseorang artis mencari identity sendiri. Kita mudah dipengaruhi oleh idola kita, walaupun tidaklah kita tirunya seratus peratus.
Fauzie: Alhamdulilah, hingga kini tiada siapa yang membandingkan diri saya dengan sesiapa.
Azmir: Saya memang dibandingkan dengan Taufik. Saya tidak menirunya, lagipun dia rakan
saya. Sejak dulu lagi saya sudah mengenalinya. Dari dulu kami berdua menpunyai idola yang sama – Usher. Kami jugak pernah memenangi pertandingan yang sama, pada tahun yang berlainan. Bukan saya ikut beliau. Itu cara saya tersendiri.
Khairil: Tidak. Saya mempunyai cara tersendiri. Setiap penyanyi harus ada pendirian jika nak
buat persembahan.
Jika anda menyertai Singapore Idol...
Khairul: Entah eh. Saya memang suka menyanyi lagu-lagu melayu Ingeris R&B dan pop. Siapa tahu saya akan bernyanyi bersama Taufik! (ketawa)
Fauzie: Saya ingin berterus-terang. Tak bedek. Saya nyanyikan lagu Brian Midnight – One Last Cry. Setelah beratur dan bermalam dalam hujan, saya sudah tidak ada mood nak nyanyi tiba giliran. Tak ada rezeki.
Azmir: Pernah terlintas untuk menyertai Singapore Idol tapi tak terfikir berapa jauh saya boleh pergi.
Khairil: Saya tak boleh nyanyi lagu Inggeris. Cara nyanyian saya sesuai dengan lagu Melayu. Pertama kali saya nyanyi lagu Inggeris semasa di Anugerah. Nasib baik perserta-perserta finalis lain membantu. Alhamdulilah.
Hadiri kelas vocal...
Khairul: Tak pernah. Hanya mendapatkan tips dari sahabat keluarga, Asiah Sinan. Jika saya perlukan nasihat, saya akan ke rumahnya untuk berlatih. Beliau telah sedikit banyak membantu.
Fauzie: Dapatkan tips dari pakcik.
Azmir & Khairil: Tidak pernah.
Lain-lain pertandingan yang pernah disertai...
Khairul: Juara Talentime di sekolah dalam kategori solo dan juga duet.
Fauzie: Idola M dan pertandingan di sekolah.
Azmir: Pertandingan Usher pada tahun lepas. Berjaya menjadi Juara dan telah berpeluang ke
LA untuk menonton konsert Usher.
Khairil: Kerap bertanding dalam pertandingan anjuran balai rakyat.
Langkah seterusnya selepas Anugerah...
Khairul: Semoga pintu terbuka untuk saya mengadakan persembahan. Satu impian untuk beraksi dalam APM akan dating. Insya'allah dapat merakamkan album.
Fauzie: Saya harap dapat terus diketengahkan.
Azmir: Belum ada rancangan. Pasti ingin meneruskan minat dalam nyanyian.
Khairil: Kalau diizinkan, saya ingin merakamkan album.
Yang akan dilakukan dengan hadiah-hadiah yang diterima...
Khairul: Sebenarnya saya tak hiraukan hadiah-hadiahnya. Saya juga tidak tahu tentang jumlahnya tetapi rakan-rakan sering mengingatkan saya. Saya belum buat rancangan.
Fauzie: (Ketawa) Hadiah-hadiah belum saya terima dan tak terlintas untus membuat rancangan. Tapi, saya ingin membayar bill handphone yang sudah melambung naik.
Azmir: Hadiah Ming Seng untuk Mak beli gelang raya. Nikon untuk saya sendiri. Baucar Lagun Sari untuk keluarga dan teman-teman, hadiah tunai akan saya simpan, dan dari Best Denki saya ingin membeli handphone antaranya.
Khairil: Hadiah emas beri pada emak, (anak mak katakan!) Best Denki – nak beli peralatan rumah, baucar Lagun Sari buat keluarga dan rakan, trofi akan buat hiasan kenangan manis.
Ramai peminat...
Khairul: wooohhh. Tidak disangka. Ramai yang menghampiri ingin bergambar dan minta autograf. Saya rasa terharu dan gembira. Dari adik kecil hinggalah pakcik dan makcik.
Fauzie: Ramai yang ingin mengambil gambar dan autograf. Sungguh tak sangka. Saya tidak pernah sangka akan berada di dalam keadaan sedemikian. Very overwhelming!
Azmir: Memang mengejutkan. Saya tak sangka akan mempunyai peminat ramai.
Khairil: Di luar dugaan. Tak sangka ada ramai peminat. Perasaan gembira bercampur terharu kerana diri saya dikenali.
Jika tidak menyanyi...
Khairul: Saya ingin berlakon.
Fauzie: Saya boleh meniru suara Phua Chu Kang. (ketawa)
Azmir: Saya akan bermain bola sepak sepenuh masa.
Khairil: Belum tahu. Saya ingin mencuba jadi pelakon. Mungkin tak boleh joget tapi boleh berlakon.
Makna Hari Raya...
Khairul: Hari yang mendatangkan keinsafan, bermaaf-maafan dan bergembira bersama keluarga.
Fauzie: Hari di mana semua umat Islam bersatu dan bergembira.
Azmir: Minta maaf dosa lalu terutama kepada Mak. Lagi-lagi semasa Anugerah, saya menyuruhnya mengosokkan baju saya (ketawa). Inilah hari di mana kita bersatu sekeluarga.
Khairil: Bersama keluarga. Minta maaf sesame insan.
Apabila takbir bergema...
Khairul: Sayu, terharu sambil mengenangkan kesalahan yang telah saya lakukan. Terfikir tentang ahli keluarga dan silaturahim sesama manusia.
Fauzie: Syahdu mengenangkan orang-orang tersayang, baik hidup atau mati.
Azmir: Terharu mengenangkan ahli keluarga.
Khairil: Teringatkan anggota keluarga dan masa lalu.
Shopping raya...
Khairul: Saya akan membeli sepasang baju untuk diri sendiri. Lagi satu pasang, kami sekeluarga akan memakai warna yang sama. Emak akan menjahitnya sementara saya akan merekanya.
Saya juga akan beli kasut baru di kawasan Bandar atau di Geylang.
Fauzie: Selalunya saya akan ke bazaar. Saya jarang membeli-belah kecuali jika perlu.
Azmir: Beli apa yang diperlukan di Geylang.
Khairil: Saya sekeluarga akan mengenakan warna bertema dan akan ke Geylang.
Hari Raya Pertama...
Khairul: Saya tinggal bersama nenek. Oleh itu, saudara mara yang lain akan datang berkunjung.
Fauzie: Ke rumah nenek.
Azmir: Solat raya. Kemudian makan dan minta maaf. Itulah masa paling sedih. Kunjung mengunjung ke rumah nenek.
Khairil: Solat raya dan ke rumah datuk dan nenek.
Sambutan Hari Raya tahun ini...
Khairul: Saya sudah bersedia untuk mengambil banyak gambar bersama saudara mara. Satu pengalaman yang baru, pasti lebih meriah.
Fauzie: Saya dapat rasakan saya tidak akan dapat duit raya!
Azmir: Belum dapat saya bayangkan lagi.
Khairil: Bersama anggota keluarga dan saudara mara.
Hidangan dan kuih favorit...
Khairul: Kuih makmur, rending dan sambal goring pengantin, hmm sedap!
Fauzie: Kuih tart yang banyak inti dan kutilnya garing. Saya suka yang hangus! Ketupat dan
rendang juga jadi kegemaran saya.
Azmir: Cornflakes buatan mak saya. Akan saya habiskan. Sambal udang dan sambal goreng turut menjadi pembuka selera.
Khairil: Kuih. Saya pantang bau biskut dan kuih-muih. Tak boleh bau! Kalau beraya, saya hanya makan coklat aje. Selain itu, saya suka rending ayam.
Lagu raya favorit...
Khairul: Sesuci Lebaran dan Satu Hari Di Hari Raya.
Fauzie: Musafir di Aidilfitri, terasa kesyahduannya.
Azmir: Duhai Bonda & Satu Hari Di Hari Raya
Khairil: Joget Kesyukuran & Sesuci Lebaran
Duit Raya...
Khairul: Masih dapat dari ahli keluarga terdekat, Segan nak ambil tapi mereka seboleh-boleh ingin memberi, jadi terima saja.
Fauzie: Semasa di poly dapat juga, tapi tahun ini kurang pasti.
Azmir: Dari nenek dan datuk selain anggota keluarga lain yang rapat.
Khairil: Sudah jarang collection.
Jika diberi $1000 untuk beraya...
Khairul: Saya tidak akan belanja semua. Akan simpan setengah dan derma. Belanja yang perlu sahaja.
Fauzie: Saya tidak akan membazirkan dan akan berjimat. Derma kepada yang memerlukan,
dan untuk keluarga.
Azmir: Saya akan derma, belanja untuk keperluan rumah, hias bilik saya, kuih muih. Kalau ada lebih, saya akan beri duit raya, Insya'allah. Bawa adik bongsu saya shopping.
Khairil: Derma tabung masjid, beri ibu bapa dan bakinya untuk saya.
Ucapan Raya...
Khairul: Terima kasih kepada semua penyokong yang telah memberi saya semangat. Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin. Makan minum dihalalkan, enjoy beraya.
Fauzie: Terima kasih kepada semua. Jika saya tidak terlayan atau senyum, saya minta maaf kerana saya juga manusia biasa tak lepas dari kesilapan. Semua pembaca Manja, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.
Azmir: Selamat Hari Raya buat pembaca Manja, penyokong dan peminat. Salah silap, terkasar bahasa, di dalam dan luar Anugerah, penerbit dan semua. Harap dimaafkan.
Khairil: Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin untuk peminat dan semua. Usah kecil hati kalau saya tak senyum balik sebab tak perasan.
More scans: Fauzie & Khairil, Khairul & Azmir, Khairul1, Khairul2, Azmir1, Azmir2, Fauzie1, Fauzie2, Khairil1, Khairil2