Back to the main page
Learn more about the four finalists
Media articles on the four finalists
Event performances and media appearances
Photos galore of the four finalists and more
You create them, We post them up!
Who's hard work are these?
<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d26787250\x26blogName\x3dSTABS_Media\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://stabs-anugerah2005media.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://stabs-anugerah2005media.blogspot.com/\x26vt\x3d-4337216520904452547', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Missed out on any articles featuring any of the four finalists? Go ahead and explore... we might have it here!

01 November 2006
Baju Raya & Bunga Api


Manja
By Nurmaya Alias

Sedang anda sibuk membuat persiapan Hari Raya, bila agaknya kali terakhir Hyrul tempah baju raya dan main bunga api…

Kali terakhir...

Buat kuih raya...

Dah lama tu! Semasa saya masih di sekolah menengah. Mak, makcik dan saudara-mara berkumpul di rumah saya dan tolong buat kuih raya. Kami buat kuih makmur.

Tempah baju raya...

Tahun lepas kerana saya baru menang Anugerah. Itu merupakan kali pertama saya menempah baju raya. Selalunya, Mak yang jahitkan baju kurung atau saya beli baju di kedai.

Pergi bazaar Geylang...

Tahun lepas sebab saya pasti tahun ini tidak semeriah yang lalu. Kami sekeluarga pergi ke bazaar Geylang pada malam Hari Raya. Kami berbuka puasa di sana, kemudian berjalan-jalan untuk mencari barang-barang yang perlu. Tetapi sebelum itu, saya memang sering ke sana bersama rakan-rakan.

Main bunga api...

Semasa belasan tahun. Saya telah ke rumah nenek untuk bermain dengan sepupu-sepupu saya. Ada bunga api kita beli dan ada kita buat sendiri. Bunga api yang kita buat berbentuk seperti roket dan pakcik yang tolong buatkan.

Beli kasut raya...

Semasa di sekolah menengah. Kasut smart, kulit hitam. Tetapi, saya lebih suka memakai capal sejak di politeknik kerana ia lebih selesa apabila digayakan dengan baju kurung.

Terima duit zakat...

Tahun lalu semasa saya masih di politeknik. Sekarang saya dianggap sudah bekerja. Tahun ini, mungkin giliran saya untuk memberi suit zakat. Dah 'bujang' katakan.

Nikmati makanan kegemaran...

Kalau hari raya, mesti makan lontong bersama rendang dan sambal goreng. Selalunya, kami seronok makan masakan di rumah nenek. Sedapnya!

Minta maaf...

Mestilah hari raya tahun lalu. Memang sudah menjadi kebiasaan, kami sekeluarga berkumpul untuk meminta maaf. Semua akan rasa sebak.

Cium tangan ibu atau nenek...

Setiap hari kerana saya akan salam dan cium tangan mereka sebelum keluar rumah.

Hantar kad raya...

E-kad? Haha... kalau kirim melalui pos, itu semasa saya masih di sekolah rendah. Kawan-kawan akan memberi kad raya dan kita pun sibuk beli kad untuk membalas. Tetapi, sejak ada internet, saya hanya menhantar e-kad sejak di sekolah menengah. Setiap e-kad akan mempunyai ucapan disertakan dengan lagu-lagu Hari Raya.

Muzik


Manja
By Hafeez Harun

Mengusik Jiwa

EZS MUSIC
PRODUCTIONS

Konsep balada bagi album kedua Khairil Yusuf sesuai vokalnya. Mengusik Jiwa ciptaan Rahim Othman ada pengaruh muzik era 60-an. Santai dan memikat. Para peminat yang hampir setahun menunggu buah tangan penyanyi ini, wajar dapatkan album yang turut mendapat sentuhan pencipta handalan seperti Salman dan Samad Lefthanded.

Meriah di Kg Gelam



Manja
By Nurmaya Alias

Acara pelancaran Karnival Raya Suria menarik ribuan penonton.

Karnival Raya Suria
Sekarang - 23 OKT
Kampong Gelam
Berhadapan Bugis

Daya Tarik Manja


Manja
By Nurmaya Alias

Karnival Manja yang pertama di *Scape Youth Park menarik bukan saja pengunjung Melayu malah yang berbangsa cina seperti Mr Teng yang mencuba bakat menarik teh!

Okey, siapa kata hanya mamak di kedai the sarabat sahaja yang boleh tarik teh? Encik Teng Ah Lian, salah seorang pengunjung ke Karnival Manja pada 17 September lalu teah menunjukkan beliau juga boleh melakukannya.

Tidak mengapa jika tertumpah sedikit dan tidak semahir mereka yang pakar. Sekurang-kurangnya beliau berani mencuba. Di samping Encik Teng, terdapat juga beberapa peserta lain yang telah menunjukkan bakat menarik teh. Yang tak mahu tarik teh, tarik suara. Apa lagi dalam acara karaoke sekeluarga.

Cuaca yang sayup pada Ahad tersebut tidak mematahkan semangat ratusan pembaca Manja untuk ke Karnival Manja sempena meraikan wajah baru majalah ini.

Buat pertama kalinya, Manja telah mengadakan satu carnival keluarga di *Scape Youth Park, bersebelahan Orchard Cineleisure. Karnival yang bermula pada 12 tengah hari dimuatkan dengan pelbagai persembahan nyanyian, permainan serta peraduan.

Juadah lazat seperti beraneka mi dan kuih-muih serta nasi lemak dan burger menjadi santapan para pengunjung.

Mereka yang mengunjungi gerai Clear telah berpeluang mendapat sample syampu Clear sementara yang ingin mencuba bakat menarik teh telah ke gerai Marigold King of Kings.

Hujan yang turun pada hampir 5 petang tidak menjejas persembahan The Unsangkarable dan penyanyi Fauzie Laily yang jelas mempunyai ramai peminat.

Selain mereka, artis-artis lain yang telah memeriahkan acara hari itu ialah Sound Salvation, Imran Ajmain, Lady E, Khairil Yusuf dan kumpulan Merah telah merancakkan carnival pertama Manja.



This is an unofficial website. Team members are in no way related to the Anugerah 2005 finalists nor do we have their personal contact information. We are all fans like many others and this website is just a tribute to the 4 finalists. Informations, videos and photos placed here are purely based on our media findings and our on-site coverage of any events associated. You may link us up and share this website with friends but no redistribution of its contents without permission. Have fun browsing and enjoy your stay!

Please refrain from flooding and mind your language.

Free Web Counter
hit Counter

Since 9 June 2006



Got any queries? Got any information to share? Detect inaccuracies in our contents?
Email them to...

NOTE: Requests for personal contacts and informations of the 4 finalists will not be entertained.



>> Baju Raya & Bunga Api
>> Muzik
>> Meriah di Kg Gelam
>> Daya Tarik Manja
>> Azmir mahu hasilkan album
>> Muda tapi berapa lama?
>> Suria Raya Karnival
>> Konsert solo Syed Azmir malam ini
>> I am keeping best for last
>> Syed Azmir buat konsert solo


; September 2005
; October 2005
; November 2005
; December 2005
; January 2006
; February 2006
; March 2006
; April 2006
; May 2006
; June 2006
; July 2006
; August 2006
; September 2006
; October 2006
; November 2006


Powered by Blogger
Copyright © STABS-Anugerah2005.blogspot.com. All Rights Reserved