Back to the main page
Learn more about the four finalists
Media articles on the four finalists
Event performances and media appearances
Photos galore of the four finalists and more
You create them, We post them up!
Who's hard work are these?
<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d26787250\x26blogName\x3dSTABS_Media\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://stabs-anugerah2005media.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://stabs-anugerah2005media.blogspot.com/\x26vt\x3d-4337216520904452547', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Missed out on any articles featuring any of the four finalists? Go ahead and explore... we might have it here!

26 August 2006
Konsert solo Syed Azmir malam ini



Berita Harian
By Zaharian Osman

Apabila peluang dating bergolek, tiada siapa dapat menolak.

Naib juara Anugerah 2005, Syed Azmir, yang popular dengan lagu Kusadari memang menaruh harapan mengadakan konsert solo pada satu hari nanti, tetapi tidak pernah terlintas dalam benaknya impian itu menjadi nyata dalam waktu yang singkat.

Lantas apabila dijemput pertubuhan seni Nusa dan Antarabangsa (Nuda) untuk mengadakan konsert solo, peluang itu tidak akan disia-siakannya.

Selain bagi menyambut ulang tahun kemerdekaan Singapura ke-41, konsert ini juga bertujuan meraikan bakat artist tempatan.

"Tak percaya pada mulanya tetapi setelah diyakinkan, barulah Mir yakin konsert ini akan terjadi," ujar Syed Azmir ketika ditemui baru-baru ini.

Sepanjang konsert satu jam setengah di The Chamber, dewan persidangan Parlimen lama, pada 7.30 malam esok, Syed Azmir akan mendedangkan lebih 10 lagu yang dipilihnya sendiri seperti Bila Rindu (Black Dog Bone), Kau Pergi Jua (Adam Ahmad) dan Jerat (Harvey Malaiholo).

Beliau juga akan mendedangkan beberapa lagu artis Indonesia dan dua lagu Inggeris, selain menghiburkan penonton dengan single terbarunya berjudul Sudah Ada Punya hasil composer muda, Imran Ajmain, yang berentak dansa. Selain bernyanyi, Azmir juga akan berkongsi peristiwa menarik zaman kecilnya melalui gambar-gambar.

Keterangan lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi 6559-9022 atau di www.nudaatoph.com.

09 August 2006
I am keeping best for last


The New Paper
By Sheela Narayanan

Anugerah winner not worried at being last to bring out album. He says: I am keeping best for last.

Usually, it's the winner of a talent contest who gets first crack at recording an album.

For Khairul Anuar (above), this hasn't been the case.

The 21-year-old media and communications polytechnic graduate won Suria's Anugerah contest last year but he is trailing behind his fllow Anugerah finalists in bringing out an album.

Khairul has only just released his first single Pertama (The First) while the other finalist have already started work on their debut albums.

Khairil, who was third in the contest, was the first of the four finalists to release a single. He released Nadia earlier this year. His debut album will be out soon.

Fourth place contestant Fauzie Laily released his single, Selalu (Always), last month. It is No. 2 on the Ria charts while Khairul's is at No. 17.

Syed Azmir, the first runner-up, is in the process of recording his first album.

As his fellow contestants are starting to make in-roads in the industry, Khairul admitted it was not how he would have wanted to go.

He said: "The first album should have been done after the won. But there was no recording deal... which is a waste."

Since Khairul is represented by MediaCorp TV 12's Artiste Management Unit, he has been in the limelight.

He is performing at the National Day Parade today.

He was also in three Suria-driven vehicles with the other finalists: the Anugerah karaoke VCD which was launched in the beginning of the year, the television drama Teman Anugerahku (My Friend My Gift) and a concert organized by Suria for the finalists was held at the Esplanade in April.

He has been featured quite prominently in Suria's station promotions.

Which is why the young man doesn't feel left out in the album race.

Khairul said: "I am really eager about releasing my album but I don't want to rush it. I am being patient about it. Keep the best for the last, as my manager says."

But there is a hitch. Since he has to serve his national service in September, the release of his debut album will be delayed even further.

"I am worried about that but we (I and my management) have a strategy to keep reminding the audience that I am still here," he said.

One is to use his blog, www.soulconfession.blogspot.com, to keep his fans updated on his progress. His managers are coming up with a website as well.

His second single, Kesal (Regret), will be released at the end of the month.

While Khairul intends to wok on his album in between his NS duties, he is aware how fickle showbiz is.

Next year, the next season of Anugerah will throw up a new Malay singing star.

Yet, he is not losing any sleep over the prospect of a new winner taking over from him.

He also denied that there was rivalry between him and the three Anugerah boys.

"There is a healthy competition. It's all about helping each other. If somebody comes up with fresh ideas, we can learn from that."

Note: A few mistakes detected in the article. Khairil came in fourth while Fauzie came in third in the Anugerah competition. The Anugerah was not held at Esplanade but was held at the Max Pavillion, Singapore Expo.

05 August 2006
Syed Azmir buat konsert solo


Berita Harian
By Zaharian Osman

Ini berita baik bagi peminat setempat. Naib juara Anugerah 2005, Syed Azmir, akan menemui anda secara empat mata di sebuah konsert eksklusif pada 27 Ogos ini.

"Agak lama mereka tidak melihat saya buat konsert. Jadi inilah hadiah untuk mereka yang selama ini memberi sokongan tanpa henti," ujar Azmir ketika ditemui baru-baru ini.

Apa yang menarik, Syed Azmir akan diiringi para pemuzik professional dan mapan di sesi konsert itu yang diberi judul Akustika D'Parlimen Bersama Syed Azmir.

Ada ura-ura pula ingin mengundang sebuah kumpulan yang pernah mengharumkan industri muzik setempat. Nama kumpulan itu tidak didedahkan kerana lebih suka ia sisimpan sebagai kejutan kepada peminat.

Di konsert solo Azmir kelak, beliau akan menyanyi sambil berkongsi pengalaman serta berinteraksi dengan para perminat secara dekat.

Namun ini semua eksklsif hanya untuk 200 peminat yang perlu menempah tiket berharga $28 dan $38.

Konsert solo ini bakal berlangsung di The Chamber, bangunan lama Parlimen, dengan aturan kerusi yang dekat bagi peminat 'merasai' suasana konsert.

Nusa dan Antarabangsa (Nuda), sebuah pertubuhan seni yang bernaung di the Arts House, menjadi penganjur konsert ini.

Untuk pertanyaan dan tempahan tiket, boleh hubungi Adam Shahputra menerusi talian 9190-9726.

01 August 2006
Bak Kakak & Adik


Manja
By Nurmaya Alias

Mereka yang bertemu Syed Azmir dan ibunya, Rashimah Zainal akan menyangkakan kedua-duanya adik beradik. Ini kerana antara ibu dan anak, terjalin satu persahabatan yang begitu akrab.

Cik Rashimah Zainal, 40 tahun, suri rumah

'Sejak kecil lagi, Azmir berbakat. Dia suka menyanyi dan bercita-cita hendak jadi model. Malah dia pernah memperagakan pakaian 2nd Chance ketika ayahnya berkerja dengan syarikat itu.

Azmir pun suka joget. Kalau ambil gambar, dia mesti menpunyai pelbagai 'pose'. Dari situ, saya tahu dia suka sesuatu kerjaya yang berpainan. Kami tidak hairan kerana darah seni sudah mengalir dalam keluarga kami. Datuk Azmir, Syed Abdul Aziz merupakan seorang penyanyi Hindustan ketika zaman mudanya.

Kali pertama saya tersentuh oleh nyanyian Azmir ialah ketika dia menyanyikan lagu Ibu oleh kumpulan Exist di satu majlis perkahwinan sembilan tahun lalu.

Azmir kalau di rumah, tidak boleh cakap dengannya dengan suara tinggi, kerana dia akan marah. Tetapi, dia memang mesra dengan saya. Saya tempat dia berkongsi masalah. Kami berdua seperti kawan, suka bergurau senda. Saya cuba faham sikap orang muda.

Satunya, saya tidak suka kalau Azmir balik lambat dan tidak memberitahu saya. Paling benci sekali ialah kalau die berserakkan rumah tetapi tidak tahu kemas. Saya juga selalu nasihatkan Azmir untuk berpakaian kemas, jangan selekeh kerana ada banyak mata yang memandang.

Saya nasihatkannya kalau hendak menjadi seorang penyanyi, biarlah bersungguh-sungguh. Jangan separuh jalan kerana nanti masa depannya kosong saja. Dahulu, saya dan bapanya galakkan Azmir bermain bola sepak. Sekarang, dia mesti berkerja keras jika hendak menyanyi kerana sudah tidak mahu bermain bola sepak.

Kalau dia ke KL nanti, saya bimbang tentang makanan dan cara pakaiannya. Sebab, saya tidak nampak jika dia pulang lewat malam. Saya boleh berleter di Singapura tetapi takut dia bermaharajalela di sana nanti.

Lagi-lagi kalau sudah berteman. Kalau hendak katakan di Singapura kenalan perempuannya ramai. Saya mesra dengankawan-kawan perempuannya, tidak kira peminat ke. Kalau Hari Raya, ramai yang ketuk rumah. Jiran saya yang memberitahu.

Harapan saya agar Azmir berkerja keras. Kalau ingin menjadi seorang penyanyi dan melangkah jauh, mesti rendahkan diri, berdisiplin. Jangan lupakan mak bapak."

Syed Azmir Syed Azman, 22 tahun, penyanyi.

'Memang ibu, kadangkala suka berleter tetapi apabila saya perlu berbual atau berkongsi masalah dengan seseorang, saya boleh bergantung padanya. Dia bukan sahaja seorang ibu tetapi saya anggapnya sebagai seorang kawan yang boleh memberi saya nasihat.

Jika saya mempunyai masalah nyanyian, dia akan memberitahu saya bahawa saya perlu memberikan tumpuan. Saya juga berkongsi masalah hubungan tentang temanita saya dahulu. nanti, ibu suruh saya mempelajari daripada pengalaman dan usah mengambilnya terlalu serius kerana saya masih muda.

Ibu juga memarahi saya apabila malas. Saya mempunyai tabiat 'sekejap-sekejap'. Apabila ibu suruh saya lakukan sesuatu, dia mahu saya lakukan dengan segera. Nanti dia cakap - Cepatlah buat. Jangan pemalas boleh tak. haha...

Satu lagi, ibu selalu marah saya jika saya pulang lewat tetapi tidak memberitahunya. Tetapi, kalau ibu marah, saya akan berdiam diri. Setelah satu atau dua hari, kami akan berbual semula. Kami mempunyai personaliti yang sama, cepat mesra dengan orang dan kelakar. Kami mesti berbual setiap hari, sekejap-sekejap ada topik perbualan. kalau ibu menonton drama Filipina di saluran TV2, dia mesti panggil saya. Nanti dia suruh saya melihat cara lakonan dan gerak-geri pelakon."

Kenali satu sama lain. Sejauh manakah pasangan ibu dan anak ini mengenali satu sama lain? Manja telah memberi mereka satu ujian.

Kegemaran Azmir, Kata Cik Rashimah

  1. Warna: Hitam, biru, putih dan hitam (coklat)
  2. Berus gigi kegemaran Azmir: Tiada jenama tertentu (tiada jenama tertentu)
  3. Minuman: Coke(Milo)
  4. Makanan: Lontong Goreng, Nasi goreng, laksa (nasi goreng)
  5. Perkataan yang sering digunakan Azmir: Sia (Sia)

(Jawapan dalam braket adalah jawapan Azmir)

Kegemaran Cik Rashimah, Kata Azmir

  1. Warna: biru muda (putih, hitam, coklat)
  2. Berus gigi: Oral B (tiada jenama tertentu)
  3. Minuman: Kopi (Nescafe)
  4. Makanan: Lauk asam pedas ( Lauk asam pedas)
  5. Perkataan yang sering digunakan ibu: Cekik darah ( sayng.. sayang)

(Jawapan dalam braket adalah jawapan Cik Rashimah)

Skrin Sensasi


Manja

By Nurmaya Alias

Sebanyak 12,028 undian telah dipungut untuk keenam-enam finalis ANUGERAH SKRIN 2006. Nikmati saat-saat manis dan mengejutkan sepanjang mallam pertandingan peringkat terakir Anugerah Skrin 2006.



This is an unofficial website. Team members are in no way related to the Anugerah 2005 finalists nor do we have their personal contact information. We are all fans like many others and this website is just a tribute to the 4 finalists. Informations, videos and photos placed here are purely based on our media findings and our on-site coverage of any events associated. You may link us up and share this website with friends but no redistribution of its contents without permission. Have fun browsing and enjoy your stay!

Please refrain from flooding and mind your language.

Free Web Counter
hit Counter

Since 9 June 2006



Got any queries? Got any information to share? Detect inaccuracies in our contents?
Email them to...

NOTE: Requests for personal contacts and informations of the 4 finalists will not be entertained.



>> Baju Raya & Bunga Api
>> Muzik
>> Meriah di Kg Gelam
>> Daya Tarik Manja
>> Azmir mahu hasilkan album
>> Muda tapi berapa lama?
>> Suria Raya Karnival
>> Konsert solo Syed Azmir malam ini
>> I am keeping best for last
>> Syed Azmir buat konsert solo


; September 2005
; October 2005
; November 2005
; December 2005
; January 2006
; February 2006
; March 2006
; April 2006
; May 2006
; June 2006
; July 2006
; August 2006
; September 2006
; October 2006
; November 2006


Powered by Blogger
Copyright © STABS-Anugerah2005.blogspot.com. All Rights Reserved