Back to the main page
Learn more about the four finalists
Media articles on the four finalists
Event performances and media appearances
Photos galore of the four finalists and more
You create them, We post them up!
Who's hard work are these?
<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d26787250\x26blogName\x3dSTABS_Media\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://stabs-anugerah2005media.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://stabs-anugerah2005media.blogspot.com/\x26vt\x3d-4337216520904452547', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Missed out on any articles featuring any of the four finalists? Go ahead and explore... we might have it here!

28 July 2006
Khairul Anuar gembira diberi peluang dua kali untuk beraksi


Berita Harian

Tujuh tahun lalu, suaranya merupakan antara ribuan suara pelajar yang lain dalam acara Koir Sekolah-sekolah bagi Hari Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP).

Bagi NDP tahun ini, suara pemenang Anugerah 2005, Khairul Anuar, akan kembali berkumandang di Stadium Negara, tetapi kali ini secara solo.

"Saya berasa bersyukur diberi peluang, bukan sekali tapi dua kali, untuk terlibat dalam NDP,

"Ini kerana itulah impian untuk semua anak watan Singapura," kata pemuda berbakat itu.

Malah, kali ini beliau akan memainkan peranan sebagai penyanyi utama dalam segmen praperbarisan dengan diiringi seramai 6,800 anggota koir dari 16 sekolah.

Khairul akan mendendangkan lagu Semoga Bahagia, lagu tema Hari Kanak-kanak dan Festival Belia Singapura gubahan Allahyarham Zubir Said, dengan rentak yang telah diperbarui untuk mencerminkan peredaran masa.

Turut menjayakan acara itu ialah pemenang pertama pertandingan bakat Project Superstar, Chen Wei Lian, dan pemenang Vasantham 2005, Mohamed Shabir.

Mereka akan menyemarakkan suasana meriah Hari Kebangsaan dengan mempersembahkan himpunan lagu-lagu moden dan lagu-lagu rakyat dalam pelbagai bahasa untuk membangkitkan semangat patriotisme Singapura.

"Mungkin orang fakir menyanyikan lagu rakyat ini mudah, tetapi pada hakikatnya, ia satu cabaran, apatah lagi apabila ia sudah diubahsuaikan.

"Sekarang sudah moden, tetapi lirik dan maknanya tetap sama," tambah Khairul.

Buat masa ini, beliau ghairah untuk membuat persembahann di Stadium Negara, di mana ribuan mata dan telinga akab menyantap persembahan beliau itu.

"Persembahan ini juga bermakna bagi Khairul kerana ini kali terakhir NDP akan diadakan di Stadium Negara.

"Khairul sedar stadium ini mempunyai tempat istimewa di hati ramai orang, dengan berlangsungnya perlawanan bola sepak di sini dan sebagainya.

"Tentulah Khairul ghairah!" katanya.

24 July 2006
Renjis-renjis dipilis...




Manja

By Nurmaya Alias

Causeway Point meriah dengan sambutan acara PASANGAN IDEAL 2006. Bagi mereka yang bakal mendirikan majlis perkahwinan, inilah masanya untuk memilah pakaian pengantin mereka.

23 July 2006
Seronok lihat kian ramai artis kita lancar album

Berita Minggu
By Zaharian Osman

Sungguh memberangsangkan!

Inilah yang dirasakan apabila melihat semakin ramai artis kita mengeluarkan album.

Minggu lalu sahaja, tiga album artis kita dilancarkan.

Bermula dengan band Sound Salvation, Didicazli dan Dinie Durani, diikuti dengan teredarnya single Selalu daripada Fauzie Laily, finalis Anugerah 2005, di kompilasi Ini Baru Power 2 terbitan KRU Music Group.

Single dari bakat baru ini sering diputarkan di radio.

Jika album artis kita dibuat dengan teliti, perancangan dan pemasaran yang lengkap, tiada sebab untuk peminat tidak memiliki album atau menyokong album artis kita.

Malah di carta lagu popular, kita tumpang gembira dengan lagu-lagu seperti Sudah tu Sudah (Imran Ajmain), Pertama (Hyrul Anuar) dan Selalu (Fauzie Laily) yang Berjaya menambat peminat setempat.

Agak baik jika album artis kita diedarkan sebelum Oktober ini.

Maklumlah apabila hampir tiba bulan kelayakan untuk membuat pencalonan bagi Anugerah Planet Muzik (APM), banyak album dijangka membanjiri pasaran.

Dalam waktu terdekat ini, penulis ingin melihat kelahiran album-album Hyrul Anuar, Syed Azmir, Aeiril Yusoff, Aqmal N, Imran Ajmain, Norazela Rosli, Chico, Umabara Zaqie & Raqie, Addy dan Malex yang bakal merancakkann industri hiburan setempat.

Jadi, ayuh karyawan muzik, buatlah album yang bermutu dan kembalikan kepercayaan peminat untuk membeli album artis kita!

15 July 2006
Konsert KRU Hangat


Kembali Gemilang

Berita Harian
By Jo Santai

Lebih 10,000 penonton meredah padang becak

Hujan yang turun di Kuala Lumpur sejak akhir-akhir ini sedikit sebanyak menjejas persiapan teknikal konsert Kru Live n Kickin, sempena ulang tahun kumpulan itu yang ke-10.

Namun ia langsung tidak menghambat kehangatan konsert oleh tiga beradik popular daripada Kru, Norman Abdul Halim, Yusry dan Edry yang bersatu semula bersama artis-artis di bawah naungan Kru Music Group (KMG) seperti Phyne Ballerz, X-Factor, Elite dan terbaru artis Singapura, Fauzie Laily.

Penyatuan mereka mengembalikan nostalgia zaman kegemilangan mereka mencipta nama sebagai artis berkumpulan, biarpun hari ini, nama mereka tak sehangat dulu.

Lebih 10,000 penonton sanggup meredah padang yang becak dan berlumpur untuk menyasikan kemunculan Norman, Edry dan Yusry di atas pentas untuk memulakan konsert Kru Live n Kickin denganmemperkenalkan artis-artis naungan mereka dan artis jemputan seperti kumpulan Spider.

Malah biarpun kumpulan Spider yang popular dengan lagu hits mereka, Relaku Pujuk, ini bukana daripada artis naungan KMG, namum sumbangan daripada segi persembahan setiap anggota dan nyanyian Tam Spider cukup bertenaga dan menghangatkan para penonton yang semakin mula memenhi ruang di depan pentas yang becak bak kawasan sawah padi.

"Ada kemungkinan juga, andainya hujan lebat pada mala mini, konsert mungkin akan dibatalkan... Jadi daya lebih rasa bersyukur kerana konsert itu dapat diteruskan, daripda nak fikirkan lebih baik dibatalkan, kerana saya tak rasa cuaca akan jadi lebih buruk," kata Norman selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KMG.

Namum, secara keseluruhannya, pihak Kru berpuas hati dan gebira dengan semua artis yang turut serta dalam konsert ini yang memberikan kerjasama mereka.

"Sokongan dan kerjasama yang merekan berikan, membolehkan konsert ini berjalan dengan lancer dari segi persembahan, apa lagi ianya merupakan ulang tahun yang ke-10 Kru Music Group," ujar Norman, dengan bangga.

"Kami rasa bersyukurlah kerana konsert pun berjalan dengan lncar... tapi apabila saya lihat sendiri kasut-kasut mereka selepas konsert, saya rasa kesian," kata Norman lagi.

Adakah payah untuk menyatukan artis-artis Kru yang antaranya telah mengubah haluan dan keluar daripada syarikat naungan?

Bagi pengurus Kru Singapura, Jihan Jauhar, walaupun ramai artis Kru mempuyai komitmen pertunjukkan luar, mereak tidak mahu terlepas peluang meraih ulang tahun syarikat yang pernah mengenalkan mereka dalam persada hiburan.

"Sebenarnya semua artis Kru menanti-nantikan saat berkumpul semula dalam konsert seperti ini," kata Jihan.

Antara yang dapat berkumpul kembali gara-gara konsert itu ialah kumpulan Phyne Ballerz.

Bagi kumpulan X-Factor pula, seperti mana yang dijelaskan oleh Jim, salah seorang anggota kumpulan tersebut, mereka tidak pernah berpecah atau terus senyap menghilang daripada bidang seni ini. Tetapi ini kerana mereka masih sedang mengumpulkan bahan-bahan untuk dimuatkan dalam album akan dating X-Factor.

"Tetapi X-Factor masih bergerak secara kempulan untuk persembahan koporat dan sebagainya," jelas Jim.

Malah penulis sendiri rasa terpegun melihat Abby yang dikatakan baru sahaja rujuk kembali bersama suaminya Norman Nor Hakim, turut bersama anggota kumpulan Elite yang lain seperti, Linda, Watie dan Azza, muncul bersama diatas pentas.

Seperti apa yang penulis tahu, kali terakhir kumpulan ini muncul bersama ialah sewaktu meraikan ulang tahun kumpuan tersebut pada 5 September tahun 2004 di Shrooms' Restaurant, KLCC.

09 July 2006
Fauzie rasa bertuah nyanyi di konsert KRU


Berita Harian

By Jo Santai


Memang jarang sekali bagi artis Singapura berpeluang untuk berkongsi pentas dengan artis-artis yang terkenal dan popular baik di Malaysia mahupun di Singapura.

Tetapi finalis Anugerah 2005, Fauzie Laily(gambar), mendapat peluang itu menerusi konsert KRU live n Kickin, sempena ulang tahun KRU yang ke-10 di Padang Merbuk, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

"Saya rasa besar hait kerana dijemput untuk persembahan dan berbangga kerana saya bagaikan mewakili artis-artis Singapura di konsert itu," jelas Fauzie, 21 tahun, yang bakal menjalani perkhidmatan negara pada Oktober ini.

Fauzie mengakui berasa segan kerana belum dikenali di Kuala Lumpur.

"Kemudian setelah berjumpa dengan Billy,Zulkarnain dan Adam, yang saya memang sudah mengenali mereka ketika berada di Singapura,dari situlah mula saya berkenalan dengan artis-artis yang lain...Alhamdullilah,mereka dapat menerima kehadiran saya," ceritanya.

Apa yang mengejutkan, kata Fauzie, ialah kehadiran sekumpulan peminat dari Singapura yang berada di hadapan pentas ketika menyampaikan dua buah lagu semasa membuka tirai bagi konsert tersebut.

Fauzie yang telah menyiapkan single pertamanya berjudul Selalu, hasil tulisan Edry KRU sendiri (yang dimuatkan dalam album kompilasi Ini Baru Power 2), sedang menantikan hasil rundingan antara pihak Suria dengan KRU, untuk projek album sulungnya.

"Saya berharap dengan kelahiran single saya,Selalu, ia menjadi kunci bagi saya meneroka industri musik di sini dan cuba menembusi pasaran Malaysia dengan kerjasama daripada pihak KRU," tambahnya lagi.

Norman, selaku CEO di KRU Music Group, apabila ditanya penulis tentang rancangan selanjutnya untuk Fauzie berkata:

"Insya Allah, sekiranya single Fauzie berjaya menambat hati peminat di Singapura dan Malaysia, kami ingin menghasilkan sekurang-kurangnya sebuah mini album baginya."

02 July 2006
Memancar wajah baru Berita Harian
Berita Minggu
by Naadzri Eunos

Suasana tenang Kompleks Beli-Belah Golden Landmark semalam digegarkan dengan kehadiran ratusan hadirin yang sama-sama meraikan pelancaran wajah baru akhbar Berita Harian/Berita Minggu.

Mereka yang datang dari segenap pelosok pulau, bukan saja menyaksikan detik bersejarah BH/BM, yang berusia hampir setengah abad, tetapi juga untuk menikmati hiburan oleh barisan artis jemputan, seperti Syed Azmir dan penyanyi malar segar, J Mizan.

Salah seorang daripada mereka adalah seorang Penduduk Tetap (PR) berusia 35 tahun, Cik Risca.

Beliau datang bersama keluarganya dari Tampines untuk satu tujuan sahaja - melanggani BH/BM.

"Akhbar BH/BM merupakan 'santapan' harian saya. Hari saya tak lengkap kalau tak baca. dah lama saya ura-ura nak langgan BH/BM secara tetap tetapi tidak kesampaian.

"Apabila saya terbaca mengenai majlis ini, saya ke mari," kata beliau, seorang suri rumah.

Ia langkah bijak - beliau salah seorang daripada 50 pelanggan pertama yang layak menerima hadiah percuma berupa telefon bimbit Sony Ericsson.

Sebahagian hadirin tidak pulang dengan tangan kosong kerana mendapat hadiah menerusi kuiz serta cabutan bertuah.

Pemenang hadiah pertama, peti sejuk berharga $5,000 tajaan Mitsubishi Electric Asia Pte Ltd, Sik Maimunah Abdul Majid, 47 tahun, terperanjat apabila namanya dipanggil juruacara A.B. Shaik.

"Saya seperti tidak percaya kerana kebetulan hari ini hari jadi saya!" kata ibu seorang anak itu.

Tetamu terhormat, Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar), Encik Zainul Abidin Rasheed, berharap BH/BM terus membantu masyarakat mempersiapkan diri menghadapi masa depan.

"Saya mendoakan agar BH/BM terus maju bersama-sama masyarakat kita dengan keinsafan, kesedaran dan rasa kental mereka untuk memikul tanggungjawab menuju masam depan," katanya.

Editor BH/BM, Encik Gunto Sadali, pula berkata: "Saya harap dengan majlis ini, hubungan kita dengan pembaca akan menjadi lebih rapat dan mudah-mudahan mereka akan terus menyokong dengan melanggani BH/BM."

01 July 2006
Anugerah Boys Berpecah?


Manja


Sekarang hanya Hyrul(Khairul) Anuar saja yang diuruskan pihak Suria. Syed Azmir dan Khairil Yusuf diuruskan oleh Ezys Promotions. Fauzie Laily khabarnya dengan KRU Rekod?

Masing-masing dah cari haluan sendiri nampaknya. Nak kembangkan sayap kata mereka. Baguslah. Tapi yang tak sedapnya apabila ada pulak pengurus yang mengurus salah seorang artis tu buat hal. Inilah cerita yang kami dengar.

Kononnya apabila ada penganjur yang nak pakai kesemua budak-budak tu, pengurus yang seorang tu bilang yang lagi tiga sibuk. Padahal mereka semua tak ada masalah kalau berkumpul di satu pentas. Alahai baik-baik mereka tu nak berkembang, da kuncup pulak kerana ada sikap dengki-mendengki. Ini kan tak baik!

Azmir and Khairil at Causeway Point


Click on scan for a better look.



This is an unofficial website. Team members are in no way related to the Anugerah 2005 finalists nor do we have their personal contact information. We are all fans like many others and this website is just a tribute to the 4 finalists. Informations, videos and photos placed here are purely based on our media findings and our on-site coverage of any events associated. You may link us up and share this website with friends but no redistribution of its contents without permission. Have fun browsing and enjoy your stay!

Please refrain from flooding and mind your language.

Free Web Counter
hit Counter

Since 9 June 2006



Got any queries? Got any information to share? Detect inaccuracies in our contents?
Email them to...

NOTE: Requests for personal contacts and informations of the 4 finalists will not be entertained.



>> Baju Raya & Bunga Api
>> Muzik
>> Meriah di Kg Gelam
>> Daya Tarik Manja
>> Azmir mahu hasilkan album
>> Muda tapi berapa lama?
>> Suria Raya Karnival
>> Konsert solo Syed Azmir malam ini
>> I am keeping best for last
>> Syed Azmir buat konsert solo


; September 2005
; October 2005
; November 2005
; December 2005
; January 2006
; February 2006
; March 2006
; April 2006
; May 2006
; June 2006
; July 2006
; August 2006
; September 2006
; October 2006
; November 2006


Powered by Blogger
Copyright © STABS-Anugerah2005.blogspot.com. All Rights Reserved